Khamis, 29 Mei 2008

Komputer Riba Terbaru Keluaran Apple,

SEMEMANGNYA komputer riba terbaru keluaran Apple, Macbook Air ini tampak kecil, nipis dan ringan sekali gus meletakkan tanda aras sebagai rekaan revolusi terkecil dan ternipis dalam siri pembuatannya.

Justeru itu, Macbook Air yang hanya seberat 1.3 kilogram (kg) itu menjadikan ia sebagai antara komputer riba berskrin besar yang paling ringan di dunia.

Reka bentuk Macbook Air diserlahkan lagi dengan kehadiran casis berteraskan aluminium yang membuatkan ia tampak tegap selain didatangkan dengan ciri-ciri menarik dan terkini.

Tetapi apa yang lebih menarik, walaupun didatangkan dengan rekaan kompak, saiz papan kekunci masih dikekalkan pada saiz penuh bagi memudahkan pengendalian kepada pengguna.

Oleh yang demikian, pengguna tidak akan menghadapi masalah untuk menekan butang kekunci dan mengendalikan komputer tersebut.

Antara ciri menarik yang ditonjolkan oleh model berkenaan adalah dengan memperlihatkan keberkesanan penggunaan pada pad pengesannya.

Pad pengesan tersebut juga telah diselaraskan dengan ciri sentuhan sapuan, cubitan dan putaran unik sekali gus memudahkan pengguna untuk melakukan tugasan menerusi perisian yang tersedia.

Sebagai contoh, hanya dengan menggelongsor atau membuat teknik sapuan tiga batang jari ke atas pad pengesan tersebut, pengguna mampu menukar imej dan sebarang fail dengan pantas.

Sementara itu, para pengguna perlu membuat pergerakan jari seperti mencubit bagi membesarkan ataupun mengecilkan imej yang dipaparkan.

Secara tidak langsung, keupayaan teknologi pad pengesan tersebut memperlihatkan revolusi terhadap cara pengendalian komputer riba terkini.

Dari sudut prestasi, Macbook Air dipacu menggunakan cip pemproses Intel Core 2 serta dilengkapi dengan kemudahan memori 2Gb dan cakera keras terbina sebesar 1.8 inci bersaiz 80Gb.

Dalam pada itu, melalui AirPort Extreme pengguna mampu melayari Internet menerusi rangkaian sambungan WiFi 802.11n.

Dikatakan, kelajuan rangkaian WiFi tersebut merupakan terpantas dan menjanjikan prestasi lima kali ganda jika dibandingkan dengan rangkaian sambungan WiFi 802.11g yang biasa digunakan.

Dalam pada itu, rekaan unik model tersebut turut memperlihatkan skrin luas sebesar 13.3 inci yang dibina berteraskan teknologi paparan skrin LED.

Ia juga didatangkan dengan sensor cahaya ambien yang bertindak balas terhadap cahaya persekitaran secara automatik sekali gus menyesuaikan kadar cahaya pada papan kekunci dan skrin.

Memandangkan saiznya yang kecil dan nipis, Macbook Air hanya didatangi dengan satu slot USB sahaja bagi kemudahan sambungan dan kemudahan perkakas dipacu melalui sambungan tanpa wayar.

Kini Macbook Air boleh didapati di pasaran dan ditawarkan pada harga RM6,299.

Maklumat lengkap boleh didapati di www.apple.com.

Spesifikasi :-

Pemprosesan - 1.6GHz Intel Core 2 Duo

Memori - 2GB, 667MHz DDR2

Cakera keras - 80GB 4,200rpm

Grafik - Intel GMA X3100 (integrasi)

Sistem Operasi - Apple Mac OS X Leopard

Dimensi (WDH) 14.2 x 10.5 x 1.9 inci

Saiz skrin - (pepenjuru) 13.3 inci

sumber : utusan malaysia

Wujudkah HANTU

Wujudkah HANTU ?

PhotobucketPerkataan HANTU wujud dari fikiran manusia.Dari perkataan TUHAN,manusia mengubah dengan membalikkan perkataan itu kepada HANTU.Mereka takut kepada TUHAN dimasa yg sama mereka jg takutkan HANTU,padahal pengertian kedua-dua perkataan itu amat jauh berbeza sama sekali.
Hantu adalah perkataan pemujaan jin,hantu sebenarnya tidak wujud dan tidak tersebut langsung dlm al quran.Apa yg disebut sebagai hantu itu adalah pemujaan jin.

Memuja jin ini berlaku dalam 3 cara :

1)Memuja melalui perkataan.
-mengatakan sesebuah rumah itu berhantu atau berpuaka.
2)Memuja melalui perbuatan.
-seperti membakar kemenyan,menurun,memakai tangkal/azimat dan melalukan penyembelihan binatang,
3)Memuja melalui iktikad.
-Percaya dlm hatinya sesebuah premis itu berhantu dan berpenunggu.Apabila manusia terlalu meyakini dalam hati wujudnya hantu di dalam rumah itu atau sebagainya,maka akan bertambah kuatlah hantu (jin) itu sebenarnya.

Sekiranya manusia melihat gambaran hantu,tiba2 dtg perasaan takut dlm hatinya,berhati-hatilah.Kerana kepercayaan kpd tahyul adalah khurafat dan boleh membawa kpd hukum syirik.Sebenarnya jin menjelma mengikut apa yg dikhayalkan oleh otak manusia itu,jadilah hantu raya spt apa yg digambarkan dan manusia itu akan membawa cerita dari mulut kemulut.Begitu juga jenis2 hantu lain yg asalnya terbit dari fikiran manusia,padahal yg disebut hantu itu adalah JIN.Toyol pula digambarkan spt bdk kecil supaya senang masuk kerumah utk mencuri duit dan hantu penanggal/polong dgn tali perut berjurai dan sebagainya.Itu semua adalah imaginasi manusia sendiri,hakikatnya jin tidak berjisim tetapi berjirim,mana boleh jin berwujud dlm bentuk jasad.Kerana sifat jin itu tidak berjisim,ia boleh memasuki tubuh manusia mengikut saluran darahnya.

Kerana itu berlakulah "gangguan" yg menyebabkan manusia tidak tenteram dan bertindak diluar kuasanya disebabkan jin itu mengusai roh dan jasadnya.Mereka yg telah dimasuki jin/sihir atau dirasuki jin ini akan dpt melihat jin secara terus kerana jin akan menjelmakan dirinya dihadapan mata mereka.Sedangkan bagi orang yg kuat iman dan mengabdikan diri kpd ALlah S.W.T tidak akan dpt melihat jin secara terus tetapi dapat merasakan dgn perasaan kehadiran jin itu.

Para pembaca sekalian,jin tidaklah sekuat mana pun,tetapi kerana manusia itu suka mengagung-agungkannya,jadilah jin itu merasa dirinya kuat.Allah S.W.T berfirman :"Hai jemaah jin dan manusia,jika kamu sanggup menembus (melintasi)penjuru langit dan bumi,maka lintasilah,kamu tidak akan dpt menembusnya melainkan dgn kekuatan" Ar-Rahman 33...RENUNGKANLAH............

Khamis, 22 Mei 2008

Hari Terakhir IBUKU...

Bersempena cuti hari Pekerja tahun ini, aku bersama anak isteriku telah pulang ke kampung kerana sudah lama aku tidak menemui kedua ibubapaku. Kerana hampir 4/5 bulan aku tak balik ke kampung, aku telah mengambil cuti lebih sedikit dari biasa. Inilah peluangku untuk meluangkan masa bersama mereka..
Pada pagi 1 Mei kira2 pukul 10.++pg aku bertolak pulang ke kampung halamanku di kelantan. Oleh kerana memikirkan keselamatan aku tidak memandu laju untuk pulang. Walaupun demikian hatiku ini tak sabar2 nk sampai ke kampungku. Setelah samapai di Pulau Banding, kami berhenti seketika untuk mengisi perut dan merehatkan diri sebelum meneruskan perjalanan berikutnya. Hampir beberapa jam berlalu, akhirnya kami sampai ke tempat yang di tuju.
Senyumanku tidak dapat diselindungkan lagi kerana betapa gembiranya hatiku bertemu kedua2 ibubapaku itu. Sampai je di pintu rumahku, ibuku serta adik2ku tersenyum menanti kepulanganku. Namun ayahku tiada waktu itu kerana ada hal di ladang. Aku berbual panjang dengan ibuku. Dia memberi aku kuih yang di buatnya khas untuk aku, isteri dan cucunya. Aku juga sempat memberi hadiah kepadanya. Dia gembira menerima hadiah dariku dan terus mencuba hadiah tersebut. Selang kami bersembang, aku mengambil masa untuk merayau2 kt sekitar halaman rumahku. Setelah hampir 10 minit aku merayau2 di bawah, tetiba ayahku menyapaku. Aku naik kembali ke rumahku dan tiba2 ibuku nk jatuh pengsan. Aku sempat menyambutnya sebelum dia jatuh ke lantai rumah. Nadinya lemah dan semakin lemah..Aku panik..bermacam2 bermain di kepalaku..
Aku memanggil ayahku untuk bersama2 membawa ibuku ke klinik. Namun Ic Ibuku pula tidak ditemui. Nadinya makin lemah, tubuhnya semakin longlai. Aku menelefon ambulans. Jiran2ku datang dan memeriksa nadi ibuku..
Pada pukul 5.45ptg, kebetulan ambulans sampai , doktor tersebut mengesahkan ibuku telah tiada. Bagaikan pecah jantungku,bagaikan hilang akalku mendengar berita itu. Tidak kusangka kepulangaku ini utk melihat perkara sedemikian.
Ibuku telah tiada....Al-fatihah untukmu. Semoga rohmu di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin..