Jumaat, 19 September 2008

Tatacara Berpuasa

Pertama sekali,Saya ingin ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.. Di bulan puasa ini,hari demi hari kita lalui penuh dengan rintangan..tup..tup..hari ini sudah masuk hari ke sembilan belas kita berpuasa.Hanya tinggal lagi sebelas hari untuk kita meraikan hari Raya Aidilfitri pula.Dalam melaksanakan ibadah puasa, seseorang itu hendaklah berusaha untuk melakukan yang terbaik. Bagi menyempurnakannya, maka kita perlu meneladani tatacara puasa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. antaranya seperti :
1. Berniat
2. Bersahur
3. Imsak (menahan diri ketika hampir tamatnya waktu sahur sebagai langkah berjaga-jaga)
4. Mempercepatkan berbuka puasa apabila tiba waktunya.
5. Memperbanyak membaca al-Quran
6. Memperbanyak sedekah
7. Membayar zakat fitrah