Jumaat, 20 Jun 2008

Juara Akedemi Al-Quran Milik Fakhrul Radhi

Peserta dari Kedah, Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin, 22, muncul juara pertandingan akhir program realiti terbitan TV9, Akademi al-Quran (AQ) musim ketiga yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Kemenangan itu membolehkan beliau menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta sebuah kereta Proton Saga dan piala kristal berbentuk al-Quran.

Naib johan pula dimenangi Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman, 25, berasal dari Perak.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, 25, memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadiah para pemenang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Turut hadir Pengerusi Media Prima Bhd., Datuk Abdul Mutalib Mohd. Razak dan Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda.

Seorang lagi finalis yang bertanding pada peringkat akhir AQ dan memenangi tempat keempat ialah Syamsul Abu Hassan Alshaari, 24.

AQ merupakan program realiti TV tempatan pertama yang memerlukan peserta memperdengarkan bacaan al-Quran mengikut kaedah tertentu.

Jerman ke separuh akhir, menang 3-2 ke atas Portugal

BASEL (Switzerland): Bastian Schweinsteiger muncul pemain paling menyinar apabila menjaringkan satu gol dan mencipta peluang gol kedua Jerman bagi mengalahkan Portugal 3-2 dalam pertemuan sengit suku akhir Euro 2008, awal pagi ini.


Malah, pertemuan Jerman-Portugal lebih dilihat pertembungan antara bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo dan pemain Chelsea, Michael Ballack, dengan pemain Jerman itu lebih mendominasi corak permainan pasukannya.

Ballack turut merobek gawang gol Portugal dengan tandukannya pada minit ke-61 dengan menewaskan pertahanan Paulo Ferreira dan penjaga gol, Ricardo.

seterusnya

note: berita harian