Memaparkan catatan dengan label Komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komputer. Papar semua catatan

Isnin, 24 November 2008

Virus serang 500,000 komputer

LONDON: Pengguna internet di seluruh dunia diingatkan berwaspada berikutan ancaman serangan 'kemuncak' virus secara besar-besaran pada Isnin depan yang turut disifatkan hari paling buruk bagi serangan virus seumpamanya. Akhbar The Guardian melaporkan semalam, amaran oleh pakar keselamatan komputer itu dibuat berdasarkan analisis maklumat mengenai virus dan cecacing internet merangkumi lebih 500,000 komputer di seluruh dunia.

Selain amaran peningkatan ancaman dan serangan virus pada November dan Disember, pakar keselamatan komputer juga mengingatkan ancaman lain.

Ini disebabkan pengiklan dan penyangak sudah cuba menggunakan populariti bakal Presiden Amerika, Barack Obama sebagai muslihat memperdaya pengguna memuat turun virus.

Berikutan itu, pakar keselamatan daripada syarikat PC Tools menyifatkan tarikh 24 November sebagai berkemungkinan menjadi hari kemuncak serangan dan kemuncak kegiatan virus bagi 2008.

Data 2007 menunjukkan kemuncak serangan virus, cecacing dan ancaman lain berlaku tiga hari sebelum cuti umum 'Thanksgiving' Amerika Syarikat, yang meramalkan keadaan sama mungkin berulang tahun ini.

Syarikat itu mendakwa peningkatan kegiatan virus itu juga berkemungkinan disebabkan meledaknya kegiatan beli-belah menerusi internet menjelang Krismas.

Khamis, 29 Mei 2008

Komputer Riba Terbaru Keluaran Apple,

SEMEMANGNYA komputer riba terbaru keluaran Apple, Macbook Air ini tampak kecil, nipis dan ringan sekali gus meletakkan tanda aras sebagai rekaan revolusi terkecil dan ternipis dalam siri pembuatannya.

Justeru itu, Macbook Air yang hanya seberat 1.3 kilogram (kg) itu menjadikan ia sebagai antara komputer riba berskrin besar yang paling ringan di dunia.

Reka bentuk Macbook Air diserlahkan lagi dengan kehadiran casis berteraskan aluminium yang membuatkan ia tampak tegap selain didatangkan dengan ciri-ciri menarik dan terkini.

Tetapi apa yang lebih menarik, walaupun didatangkan dengan rekaan kompak, saiz papan kekunci masih dikekalkan pada saiz penuh bagi memudahkan pengendalian kepada pengguna.

Oleh yang demikian, pengguna tidak akan menghadapi masalah untuk menekan butang kekunci dan mengendalikan komputer tersebut.

Antara ciri menarik yang ditonjolkan oleh model berkenaan adalah dengan memperlihatkan keberkesanan penggunaan pada pad pengesannya.

Pad pengesan tersebut juga telah diselaraskan dengan ciri sentuhan sapuan, cubitan dan putaran unik sekali gus memudahkan pengguna untuk melakukan tugasan menerusi perisian yang tersedia.

Sebagai contoh, hanya dengan menggelongsor atau membuat teknik sapuan tiga batang jari ke atas pad pengesan tersebut, pengguna mampu menukar imej dan sebarang fail dengan pantas.

Sementara itu, para pengguna perlu membuat pergerakan jari seperti mencubit bagi membesarkan ataupun mengecilkan imej yang dipaparkan.

Secara tidak langsung, keupayaan teknologi pad pengesan tersebut memperlihatkan revolusi terhadap cara pengendalian komputer riba terkini.

Dari sudut prestasi, Macbook Air dipacu menggunakan cip pemproses Intel Core 2 serta dilengkapi dengan kemudahan memori 2Gb dan cakera keras terbina sebesar 1.8 inci bersaiz 80Gb.

Dalam pada itu, melalui AirPort Extreme pengguna mampu melayari Internet menerusi rangkaian sambungan WiFi 802.11n.

Dikatakan, kelajuan rangkaian WiFi tersebut merupakan terpantas dan menjanjikan prestasi lima kali ganda jika dibandingkan dengan rangkaian sambungan WiFi 802.11g yang biasa digunakan.

Dalam pada itu, rekaan unik model tersebut turut memperlihatkan skrin luas sebesar 13.3 inci yang dibina berteraskan teknologi paparan skrin LED.

Ia juga didatangkan dengan sensor cahaya ambien yang bertindak balas terhadap cahaya persekitaran secara automatik sekali gus menyesuaikan kadar cahaya pada papan kekunci dan skrin.

Memandangkan saiznya yang kecil dan nipis, Macbook Air hanya didatangi dengan satu slot USB sahaja bagi kemudahan sambungan dan kemudahan perkakas dipacu melalui sambungan tanpa wayar.

Kini Macbook Air boleh didapati di pasaran dan ditawarkan pada harga RM6,299.

Maklumat lengkap boleh didapati di www.apple.com.

Spesifikasi :-

Pemprosesan - 1.6GHz Intel Core 2 Duo

Memori - 2GB, 667MHz DDR2

Cakera keras - 80GB 4,200rpm

Grafik - Intel GMA X3100 (integrasi)

Sistem Operasi - Apple Mac OS X Leopard

Dimensi (WDH) 14.2 x 10.5 x 1.9 inci

Saiz skrin - (pepenjuru) 13.3 inci

sumber : utusan malaysia

Khamis, 6 Mac 2008

Kawal perisian ketika proses start-up



Setiap kali perisian dalam kategori Perisian Utiliti dipasang di dalam komputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secara automatik setiap kali komputer dimulakan.

Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkan pengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan. Lebihlebih lagi jika perisian terbabit tidak lagi diperlukan.

Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihat di dalam kawasan 'System Tray', di sebelah kanan bawah Task Bar. Jika banyak perisian yang sudah dimulakan, maka akan panjanglah senarai ikon di dalam 'System Tray' sesebuah komputer itu.

Sebenarnya terdapat kemudahan yang mana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul di dalam senarai 'System- Tray' daripada dimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan.

Untuk mencapai kemudahan pengawalan perisian yang muncul di dalam 'System Tray', ikuti langkah berikut: 1. Pilih Menu Start > Run > Taip: MSCONFIG Gambar Tip1 2. Pilih Tab Startup Gambar Tip2 3. Klik diatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatik apabila komputer dimulakan.

Tekan OK apabila selesai.

4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakan sekali lagi. Tekan 'restart'.

5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakan komputer selepas senarai diubah.

6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ulangi langkah seperti di atas.

Selepas memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabila komputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda boleh digunakan semula dengan lebih cepat berbanding sebelum itu.

Ia juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih cekap.