Isnin, 8 Oktober 2007

Salam Ramadan Al Mubarak

Ramadhan digelar sebagai bulan rahmat, keampunan dan bulan pembebasan daripada api neraka. Namun demikian ramai dikalangan kita yang tidak mengetahui apakah kesan yang terbaik yang kita dapati hasil dari pentarbiahan diri selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
''Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadhan atas segala hari yang lain seperti kelebihan Ramadhan atas segala bulan Ramadhan atas segala hari yang lain seperti kelebihan Ramadhan atas segala bulan.'' Peningkatan amal pada bulan-bulan yang lain dan sangat besar pula keistimewaannya iaitu sembahyang sunat tarawih.

Rasulullah juga menegaskan dalam sebuah hadis dengan sabdanya bermaksud:-
''Seandainya umatku tahu tentang keutamaan dan keagungan bulan Ramadhan pasti mereka akan berharap-harap agar tahun itu menjadi bulan Ramadhan kesemuanya. Ini adalah kerana perkara-perkara kebaikan terhimpun, ketaatan diterima, doa diperkenankan, dosa diampunkan dan syurga pula merindui mereka''.

Jumaat, 3 Ogos 2007

Hidup mewah tipu Melayu

KUALA LUMPUR: Dengan menubuhkan syarikat dikenali dengan nama jolokan ‘Syarikat Tipu Melayu’ atau STM, seorang dalang sindiket ‘kad koyak dan kaya’ mampu bergaya dengan memiliki dua kereta mewah jenama BMW dan Mercedes Benz model CLK berharga hampir RM1 juta.
Perancang utama sindiket itu yang dikenali Jack, 29, pernah beberapa kali diberkas pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan.Bagaimanapun, dia tidak serik, malah dikesan menjalankan penipuan dengan menawarkan hadiah wang tunai serta kereta mewah palsu, sejak lebih empat tahun lalu.

Sumber : Harian metro

Kamera Kompak Semakin Lasak

PERLUMBAAN mereka bentuk kamera kompak digital selain melengkapkan ia dengan pelbagai teknologi terkini semakin berkembang sehinggakan sebuah kamera model baru muncul di pasaran setiap tiga bulan.
Ini ditambah dengan penggunaan meluas aspek digital termasuk mencetak gambar, penggunaan ruang simpan yang lebih mudah dan murah menjadikan kamera digital kini menjadi satu keperluan seharian.
Reka bentuk yang semakin kecil selain mampu dilengkapi pada sebuah telefon mudah alih juga membuatkan persaingan untuk mewujudkan pelbagai teknologi pada sesebuah kamera semakin meningkat.
Selain itu, kamera digital kompak kini didatangkan dengan saiz imej yang lebih besar dari segi megapiksel yang mampu sedikit sebanyak menyaingi kamera Refleks Kanta Tunggal (SLR) digital yang lebih besar dan berat.
Apa pun, bagi Olympus, walaupun menyedari hakikat perlumbaan meningkatkan megapiksel dijalankan, mereka menumpukan kepada aspek lain.
Olympus telah melancarkan kamera kompak mju770SW yang mampu digunakan di dalam air pada kedalaman sehingga 10 meter tanpa perlu menggunakan bekas kalis air.

Sumber : Utusan Malaysia

Khamis, 2 Ogos 2007

Kemunculan blog baru dariku

Setelah agak lama aku berkecimpung dalam arena ini baru hari ini iaitu 2 ogos 2007 pada jam 11 mlm aku berjaya melancarkan blogku.
jadi untuk itu aku amat sukakan kesudian sesapa sahaja yang ingin berkongsi apa2 saja contohnya kisah duka, suka, teladan, nasihat, cerita lucu utk dikongsi disini..
terima kasih