Isnin, 22 Jun 2009

Bahaya Penularan H1N1

Sejak kebelakangan ni mcm-mcm virus melanda negara kita. Ada demam, selsema, batuk dan sebagainya. Bagi yang mengalami gejala tersebut hati-hati yerk. Virus H1N1 sedang menghantui dunia. Kira peningkatan kadar jangkitan dan kematian menunjukkan risiko virus ini sgt merbahaya. Kat malaysia sekarang pun dh cecah 50 orang yang positif penyakit ni. Sekolah pun terpaksa ditutup gara-gara penularannya.Kepanasan dan kelembapan(hujan la ni..) yang melanda pula boleh membangkitkan banyak lagi virus merbahaya seperti Denggi dan sebagainya.Bagi ibu bapa, awasi keluarga anda (diri sendiri pun penting jugak...). Jika terdapat kesangsian tentang apa-apa penyakit yang melnda anda dan keluarga anda cepat-cepat hubungi pihak berkenaan,jangan buat tak tahu aje...
Pengetahuan bersama :-Tanda-tanda H1N1 - Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti ;-demam-batuk-sakit tekak-sakit badan-pening kepala-sejuk dan kelesuan-cirit-birit dan muntahTanda-tanda Denggi : (Sumber Utusan Malaysia)-demam kuat secara mengejut-demam berterusan-sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata-ruam @ bintik merah pada kulit-pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi-sakit kepala-hilang selera makan-muntah-muntah-sakit perut-gatal-gatal pada badan

Jika terdapat tanda-tanda seperti diatas cepat-cepatlah bawa ke klinik. Tak rugi wang ringgit jika dibandingkan dengan nyawa yang tersayang.