Khamis, 19 Februari 2009

Tempat Menarik Di MIRI

Alhamdulillah syukur kerana akhirnya aku dapat jugak menjejakkan kakiku ke bumi Sarawak pada 10/2/2009 baru-baru ini. Aku berlepas dari dari rumahku untuk ke KLIA bagi menaiki pesawat ke MIRI jam 8.45 malam. First time menaiki pesawat membuatkan hati berdebar-debar, namun perasaan tersebut hilang bila saja makanan disajikan. Makanan yang disajikan oleh pramugari pesawat MAS agak menyelerakan (Nasi kunyit dengan rendang ayam & Pasta). Lebih kurang 2 jam 10 minit perjalanan akhirnya aku selamat mendarat di bumi Miri, Sarawak. Cukuplah setakat ini kita bercerita tentang kisahku, kita sambung pula tentang tempat-tempat menarik yang telah aku lawati semasa disana. Tempat pertama yang aku lawati ialah Bukit Kanada - dimana terdapatnya telaga minyak no 1 di MIRI. Ianya terdapat di atas Bukit Kanada yang mempunyai panorama seluruh kawasan MIRI yang indah bila kita melihatnya di waktu malam.Pasar E-Mart - siapa yang tidak kenal dengan Terubuk Masin kalau sudah ke MIRI. Di pasar inilah ikan terubuk masin yang terkenal di MIRI dijual dengan harga yang begitu murah.Taman Awam - Taman Gantung yang amat panjang bagi seseorang yang inginkan cabaran serta melihat taman hutan yang masih terpelihara tumbuh menghijau di sekelilingnya. Di taman ini juga terdapat menara yang yang membolehkan kita melihat panorama indah MIRI di waktu malam. Kalau anda lapar, datanglah ke Restoran Muara bagi merasai makanan terkenal di sana iaitu Nasi Lelapan. Nasi Lelapan ini cukup sedap dan amat kreatif cara hidangannya. Cubalah sekarang..Alang-alang datang ke tempat orang cenderahati patut di bawa pulang. Tempat Cenderahati di MIRI ini yang telah dilawati adalah - Rong Reng / Sarawak Handicraft / Miri Handicraft serta Borneo Handicraft dan banyak lagi. Banyak pilihan kraftangan serta cenderamata yang boleh anda beli. Ada yang mahal dan ada juga yang murah. Apa yang penting cenderamatanya dan kraftangannya amat unik dan cantik.
Kek Lapis Sarawak - Syazwan Cafe & Cake telah aku kunjungi untuk membeli kek lapis sarawak ini. Lapisan kek lapis ini memang cantik dan susun atur lapisannya amat teratur. Sama tebal dan sama tinggi lapisannya. Harganya pun bolehlah dikatakan berpatutan dengan penat lelah si pembuatnya. Jika anda tak percaya dengan apa yang aku katakan ini, datanglah sendiri ke MIRI. Lawatilah tempat-tempat menarik di sana. Selamat melancong.

1 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Akak dah makan Nasi Lelapan,Miri SEDAP!