Selasa, 15 Januari 2008

Selamat Tahun baru 2008

Sungguh cepat masa berlalu dan Januari 2008 dah tiba hampir ke penghujungnya. Banyak cabaran dan pahit getir telah kita lalui. InsyaAllah untuk tahun 2008 ini saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk anda. Terima kasih kepada mereka2 yg telah menyokong saya selama ini..
wassalam..

Isnin, 8 Oktober 2007

Salam Ramadan Al Mubarak

Ramadhan digelar sebagai bulan rahmat, keampunan dan bulan pembebasan daripada api neraka. Namun demikian ramai dikalangan kita yang tidak mengetahui apakah kesan yang terbaik yang kita dapati hasil dari pentarbiahan diri selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
''Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadhan atas segala hari yang lain seperti kelebihan Ramadhan atas segala bulan Ramadhan atas segala hari yang lain seperti kelebihan Ramadhan atas segala bulan.'' Peningkatan amal pada bulan-bulan yang lain dan sangat besar pula keistimewaannya iaitu sembahyang sunat tarawih.

Rasulullah juga menegaskan dalam sebuah hadis dengan sabdanya bermaksud:-
''Seandainya umatku tahu tentang keutamaan dan keagungan bulan Ramadhan pasti mereka akan berharap-harap agar tahun itu menjadi bulan Ramadhan kesemuanya. Ini adalah kerana perkara-perkara kebaikan terhimpun, ketaatan diterima, doa diperkenankan, dosa diampunkan dan syurga pula merindui mereka''.

Jumaat, 3 Ogos 2007

Hidup mewah tipu Melayu

KUALA LUMPUR: Dengan menubuhkan syarikat dikenali dengan nama jolokan ‘Syarikat Tipu Melayu’ atau STM, seorang dalang sindiket ‘kad koyak dan kaya’ mampu bergaya dengan memiliki dua kereta mewah jenama BMW dan Mercedes Benz model CLK berharga hampir RM1 juta.
Perancang utama sindiket itu yang dikenali Jack, 29, pernah beberapa kali diberkas pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan.Bagaimanapun, dia tidak serik, malah dikesan menjalankan penipuan dengan menawarkan hadiah wang tunai serta kereta mewah palsu, sejak lebih empat tahun lalu.

Sumber : Harian metro